Utama
Tiada sumpah pegang Al-Quran PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Saturday, 16 August 2008

 IPOH, 16 Ogos – Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohammed Daud menegaskan tiada sumpah memegang Al-Quran dalam Islam sewaktu wawancara bersama pagi tadi. Beliau berkata demikian apabila diminta untuk mengulas berkenaan isu mengangkat sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan berikutan dakwaannya diliwat oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, hukum liwat disamakan dengan zina, di mana penuduh perlu mengemukakan empat orang saksi dengan menggunakan perumpamaan saksi perlu benar-benar menyaksikan seperti ‘melihat timba masuk dalam telaga’.

“Jika tiada saksi yang benar, penuduh dianggap berbohong dan boleh dikenakan hukum qazaf; iaitu 80 kali rotan dan penyaksiannya tidak akan diterima sampai bila-bila,” ujarnya lagi mengakhiri wawancara.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat