Utama
Pelancaran Buku Mutiara 2 Tok Guru PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Saturday, 16 August 2008


IPOH, 16 Ogos
- Buku Mutiara 2 Tok Guru telah dilancarkan di Muktamar ke 54 oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din di hari kedua Muktamar PAS Pusat ke 54 pagi tadi.  Dato' Haron Din memulakan ucapan dengan sepotong ayat al-quran antara lain yang bermaksud "tidak sama orang yang berilmu, dengan orang yang tak berilmu".

"Buku ini adalah bekalan dai'e", saran beliau. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh ahli-ahli PAS sebagai panduan untuk berdakwah. Dengan membacanya dapat memantapkan hidup kita sebagai seorang dai'e," tambah beliau.

Buku yang ditandatangani oeh Dato' Haron Din dibida dengan harga tertinggi yang ditawarkan dengan permulaan harga RM50.
 
"Pembidaan ini bukanlah bermaksud lelong tetapi untuk mengumpul dana bagi Tabung PAS" ujar pengerusi tetap muktamar.
 
Buku tersebut akhirnya menjadi milik Ustaz Nik Zawawi dari Besut, Terengganu yang menawarkan RM1000 mengakhiri pembidaan.

 

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat