Utama arrow PAS Pusat arrow Isu muqabalah,muzakarah : Perkasakan tarbiyah dalaman parti
Isu muqabalah,muzakarah : Perkasakan tarbiyah dalaman parti PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   

 IPOH, 16 Ogos - Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam membahaskan ucapan dasar Presiden menegaskan bahawa PAS adalah merupakan satu gerakan Islam, siasah dan dakwah yang mana PAS bukanlah  sekadar parti politik namun parti juga merupakan satu penggerakan dakwah.

 

Dalam ucapan beliau lagi, semua pihak mesti menghayati dan merealisasikan prinsip gerakan siasah, dakwah dan tarbiyah secara jamie'. "PAS yang merupakan satu gerakan siasah, perlulah fokus kepada politik perpaduan yang mana berasaskan kepada kedamaian".

"Binaan jejantas perhubungan perlulah diadakan dengan semua pihak secara baik, Dewan Pemuda kini dalam usaha mengadakan hubungan baik dengan semua pihak iaitu dari badan NGO, artis, golongan terbiar dan termasuklah ke istana sebagai usaha untuk merealisasikan usaha ini.", sarannya lagi.

Beliau menyeru ahli PAS menggunakan kaedah "menjadi kawan dalam musuh, buang musuh dalam kawan". Kepercayaan tinggi kepada pimpinan haruslah diberi dalam memastikan kemenangan yang berpaksikan kepada Islam.

"Konsep thiqah mesti di praktikkan terutamanya bila berlaku isu seperti muqabalah,muzakarah.  Semua ahli-ahli PAS diseru supaya menghayati sirah perjanjian hudaibiyah yang membawa kemenangan Islam yang sebenar.

"Rasulullah s.a.w dan tentera Islam telah menang di dalam beberapa siri peperangan seperti perang Badar, perang Ahzab dan perang Tabuk tetapi kemenangan yang paling besar ialah kemenangan pembukaan kota mekah hasil daripada Perjanjian Hudaibiyah. Inilah politik perpaduan yang telah dipelopori oleh Rasulullah yang mesti dicontohi," ujar beliau mengingatkan para hadirin.

"Tarbiyah juga perlu menjadi fokus beliau apabila menyentuh isu muqabalah/muzakarah. Konsep-konsep jamaah seperti wala' dan thiqah, dengar dan taat perlu di fahami dengan lebih mendalam oleh ahli. Ini perlu untuk mengukuhkan dan membina dalaman jamaah supaya tidak goyah".

"Pemuda PAS memohon supaya segala pertelingkahan dalaman parti diselesaikan secara baik dan berhikmah. Pertelingkahan hanya akan membawa kepada perpecahan jamaah," tekan beliau.

"Dewan Pemuda menyarankan peranan tarbiyah yang sudah lama kurang ditekankan serta budaya tamrin, usrah qiamullail dan muqayyam sudah lama di pinggirkan. Oleh yang demikian beliau menyeru pimpinan disemua peringkat supaya tarbiyah dalamn parti mesti diperkasakan," tambah beliau lagi.

Selain itu beliau turut menggesa pimpinan PAS supaya dapat menghidupkan semula budaya pemikiran intelektual di kalangan ahli Jemaah. Ini penting kerana Parti PAS memerlukan kekuatan hujjah berhadapan dengan masyarakat terutamanya pimpinan di pelbagai peringkat.

"Budaya 'keras keng' (tak ada hujah tapi berkeras) perlu dielakkan. Wajah PAS perlu ditonjolkan sebagai parti intelektual dan tidak hanya dianggap sebagai parti demonstrasi, ujar beliau yang menganggap tahun 2008 sebagai tahun ujian," ujarnya menutup perbahasan.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat