Utama arrow PAS Pusat arrow PAS Pulau Pinang menyokong Anwar di Permatang Pauh
PAS Pulau Pinang menyokong Anwar di Permatang Pauh PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Saturday, 16 August 2008
IPOH, 16 Ogos - Dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 19 september nanti, perwakilan Pulau Pinang Ustaz Mohd Fahmi Abd Wahab menegaskan bahawa jentera PAS Pulau Pinang akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan Anwar Ibrahim memang besar dalam pilihanraya tersebut.

 

"Walaupun PAS Pulau Pinang dapat bertanding hanya di lima kerusi dalam pilihan raya lepas daripada 16 kerusi sebelum wujudnya Pakatan Rakyat, masalah boikot memboikot dalam pilihanraya ini tidak akan wujud," jamin beliau.
 
PAS Pulau Pinang menyokong penuh saranan presiden supaya mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyiapkan diri untuk memerintah Malaysia. Selain itu PAS Pulau Pinang akan terus menyokong dasar kepimpinan ulama' disamping memberi peluang seluasnya kepada golongan profesional.

"Walaupun kini teknologi maklumat mendominasi kehidupan seharian melalui pelbagai saluran untuk mengeluarkan pendapat seperti web dan blog yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, namun harus diperingatkan agar ahli PAS perlu berhati-hati dalam membuat ulasan terutamanya yang menyentuh dasar parti", ujar beliau lagi.
 
Menurut beliau lagi, "golongan non-muslim dalam Kelab Penyokong PAS memberi peranan yang besar dalam parti. Oleh itu mereka ini haruslah diberi peluang untuk memberi dan mendengar pandangan dan luahan mereka agar mereka tidak rasa dipinggirkan," uajarnya menutup perbahasan.
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat