Utama arrow Dewan Pemuda arrow Isu muzakarah,muqabalah dengan Umno selesai
Isu muzakarah,muqabalah dengan Umno selesai PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Saturday, 16 August 2008
 
 
IPOH, 16 Ogos - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, menegaskan PAS tidak pernah menghalang (perwakilan) bersuara berkaitan apa-apa isu di dalam Muktamar.


"Apa yang diutarakan oleh perwakilan di dalam muktamar adalah merupakan perkara biasa dan sesuai dengan sifat orang muda yang mempunyai semangat muda," katanya sewaktu memberikan ucapan penggulungan sempena Muktamar DPP Pusat kali ke-49 di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Mengenai isu Muzakarah dan muqabalah antara PAS dengan Umno seperti yang dibangkitkan oleh beberapa orang perwakilan semasa perbahasan, Ketua DPP Pusat berkata PAS seperti kenyataan yang dikeluarakan oleh Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, tidak pernah menutup pintu rundingan dengan sesiapa sahaja kecuali dengan Umno yang mahu berunding dengan PAS untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Tidak ada lagi syak wasangka di antara kita lagi, Dewan Pemuda hari ini meminta sekalian perwakilan dan pemerhati menyatakan sokongan bahawa isu tersebut sudah berhenti," katanya lagi.

Muktamar DPP Pusat berakhir jam 6.00 dengan bacaan doa wehdah oleh AJK DPP Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Noor.

 
Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat