Utama
Jangan Korbankan Dasar dan Prinsip Perjuangan PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
 IPOH, 16 Ogos - "Semua pemimpin PAS perlui bermuhasabah selepas Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan BN dan memerintah 5 buah negeri pada pilihanraya baru-baru ini," ujar Ustaz Salehin Mukhyi yang mewakili Perwakilan Negeri Selangor.

"Jangan menganggap kemenangan ini suatu kekuatan sehingga kita angkuh dan merasa Islam itu sudah menang. Para pemimpin jangan lupa dan mesti mengiktiraf bahawa jentera parti telah bertungkus-lumus dalam kemenangan baru-baru ini," ujarnya yang menjadi pembahas awal sesi petang ini.

"Lantaran itu, PAS Selangor menyarankan agar melantik Senator Sabah dan Sarawak sebagai tanda pengiktirafan perjuangan PAS di Sabah dan Sarawak".

Beliau turut mengemukakan beberapa persoalan mengenai Pakatan Rakyat yang mesti diselesaikan segera. Antaranya prinsip-prinsip yang telah disepakati bersama oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat itu perlu jelas, agar setiap tindakan pemimpin itu di tidak salah ertikan.

"Sempadan antara PAS bersama DAP dan keADILan perlu di jaga agar hala tuju PAS ini tidak lari dari prinsip perjuangan Islam. Kepincangan hubungan antara parti di dalam Pakatan rakyat mesti di diuruskan dengan baik oleh pemimpin," tegas beliau lagi.

Beliau mengambil contoh di dalam hubungan Pakatan rakyat di Selangor di mana,  wujudnya  program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, namun terdadap beberapa program tersebut bertentangan dengan PAS sebuah parti yang berdasarkan kepada Islam. Sedangkan ini sukar diatasi apatah lagi apabila menang kelak.

 Selain itu, Majlis syura Ulama' juga disentuh yang mana menjadi imej PAS. Imej UMNO telah jatuh dikalangan raja-raja.

"PAS Selangor juga menyarankan agar Majlis Syura bertemu dengan raja-raja di semua negeri dan Yang Di Pertuan Agung untuk menjelaskan dan membetulkan semula tanggapan raja-raja terhadap PAS yang dianggap 'jahat' oleh UMNO," tambahnya lagi.

Di akhir bahas beliau berkata bahawa PAS Selangor menganggap muzakarah itu sebagai satu tindakan positif. Ini dapat menilai tahap tarbiyah ahli juga tapisan pimpinan perlu diambil perhatian oleh PAS. Ini kerana dengan wujudnya pimpinan yang tidak bersetuju dengan presiden dan mengeluarkan kenyataan di blog, web dalam lain-lain saluran akan menjejaskan imej PAS sendiri. 

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat