Utama arrow PAS Pusat arrow PAS mendapat kepercayaan dari Non Muslim
PAS mendapat kepercayaan dari Non Muslim PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
IPOH, 16 Ogos - "PAS adalah sebuah parti Islam yang punya matlamat dan parti yang berpelembagaan. Seharusnya penyakit neponisme, kronisme yang menjadi barah dalam Umno tidak menjadi ikutan kepada PAS," ujar perwakilan Negeri Sembilan di awal perbahasannya pagi tadi.

"Umno akan hancur dalam waktu terdekat itu kenyataan oleh ahli Umno sendiri, oleh itu PAS perlu mengambil kesempatan dari kenyataan ini dengan membuat persediaan awal untuk memerintah".

"Perubahan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa, kerana model kerajaan yang baik akan menjadi inspirasi kepada rakyat negeri lain," ujarnya tegas.

"Kami mencadangkan agar mempraktikkan program-program yang berjaya dan biasa dibuat oleh kerajaan Kelantan, mencontohi kerajaan Kelantan dalam menguruskan rakyat di serambi mekah tersebut", cadang beliau.

"Di saat ini, Umno berjaya menakutkan rakyat bahawa PAS lebih teruk dari tentera komunis, namun Umno terlupa bahawa golongan non muslim tidak percaya dengan propaganda dari Umno tersebut, malah mereka tetap memberi sokongan dan bantuan kepada PAS juga mereka berani memberi kepercayaan kepada pimpinan kita untuk menjadi wakil rakyat kepada mereka," tambah beliau lagi.

Tema pas untuk semua juga perlu diberi penjelasan agar ketidak seimbangan antara kaum tidak menjadi isu dalam pada parti sedang meraih kepercayaan golongan non muslim.

Ahli Parlimen PAS juga diseru agar tidak diam membisu di dalam parlimen. Kepercayaan rakyat yang telah memilih dipergunakan sebaiknya dengan memperjuangkan nasib rakyat di kawasan masing-masing.

Di akhir bahas beliau melalui cadangan dari negeri Sembilan mencadangkan agar permasalahan warga felda di ambil perhatian oleh Lajnah Peneroka Bandar PAS Pusat samaada felda di naik taraf menjadi jabatan atau menggunakan penyelesaian lain.
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat