Utama arrow PAS Pusat arrow Tegakkan Syariat Allah
Tegakkan Syariat Allah PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
 IPOH, 16 Ogos – Kehangatan sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di sebelah pagi diteruskan lagi oleh hujah-hujah bernas dari wakil Negeri Terengganu iaitu YB Ustaz Mohd. Nor bin Hamzah yang juga ADUN Bukit Payung.

Beliau mengajak semua ahli persidangan agar sentiasa berusaha menegakkan agama dan melaksanakan syariat Allah SWT. Katanya, ”Dasar perjuangan parti mestilah sentiasa diulang-ulang dan dilaksanakan dengan sebaiknya.”

 Sedikit tazkirah dari beliau untuk semua ahli persidangan agar memahami tentang kebenaran iaitu tiada kemenangan melainkan dari Allah SWT maka dengan itu syariat Allah seharusnya dilakukan sebaik-baiknya.

”Ketuanan Islam ialah dengan menegakkan syariat Allah. Kemenangan tersebut adalah satu ujian, satu amanah, satu tanggungjawab untuk melaksanakan agama Allah,” tambah beliau lagi.

 

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat