Utama
Tahaluf siasi,wala' pada pimpinan PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 IPOH, 16 Ogos –  Mengutamakan konsep tahaluf siasi ditimbulkan perwakilan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd. Nor bin Hamzah. Beliau berharap agar konsep tahaluf siasi yang dilaksanakan difahami sebaiknya kerana menurut beliau, ”Kita hanya berkawan, bukannya berkahwin".

 

”Berkawan bermakna kita tidak terikat iaitu tahaluf siasi bersyarat yang mana Islam sebagai syarat kerjasama tersebut. Benar itu amanah, bohong itu khianat.” ujarnya sebagai peringatan kepada semua.

Wala’ dalam berjamaah juga turut diingatkan pada semua perwakilan agar sentiasa agar adanya kesatuan dalam jamaah. ”Berpolitik bukanlah politik magis, tetapi kita ahli PAS berpolitik secara syariah,” tambah beliau.

Katanya, perkara utama yang perlu diambil berat ialah fiqh nusus iaitu memahami nas-nas al-Qur’an dan al-hadis sambil  beliau membawakan satu kisah tentang pemimpin yang paling jahat di dunia iaitu pemimpin-pemimpin Quraisy.

 Menyentuh isu ini, beliau cuba mengajak ahli persidangan memikirkan kenapa Nabi Muhammad s.a.w. boleh berdamai dengan pihak Quraisy ini melalui Perjanjian Hudaibiyah sedangkan puak ini amat jahat terhadap Nabi s.a.w.

”Berkaitan dengan isu muqabalah pula, kita perlu mengambil peluang tersebut untuk berdakwah dan tidak lagi membangkitkan isu hendak bekerjasama dengan UMNO,” akhir cadangan beliau.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat