Utama arrow PAS Pusat arrow Berpegang teguh, elak fitnah pada parti
Berpegang teguh, elak fitnah pada parti PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
IPOH, 16 Ogos – Sesi perbahasan ucapan dasar Presiden diteruskan oleh perwakilan dari Kedah. ”Kalungan penghargaan kepada ahli-ahli parti yang yakin dan sentiasa berusaha memantapkan parti serta istiqamah  di dalam perjuangan,” ujarnya di awal bahas.
 
”Ucapkan terima kasih juga kepada pimpinan parti yang telah bijak melaksanakan strategi menyebabkan keyakinan rakyat kepada PAS memuncak dan akhirnya berjaya melumpuhkan keyakinan mereka kepada UMNO,” ujarnya lagi membuka bahas.

”Kedah menyarankan agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat menyedari akan kepentingan untuk mereka membina kekuatan sendiri yang setanding dengan PAS,”ujarnya.

Sebagaimana perwakilan negeri-negeri lain, Kedah juga membangkitkan kaedah tahaluf siasi selepas isu muzakarah tersebar meluas.

”Ahli melihat perkara muzakarah ini sebagai satu isu seolah-olah PAS akan masuk UMNO. Ahli-ahli di peringkat bawah akan salah faham tentang hasrat sebenar perjumpaan tersebut,” ujar beliau menyampaikan kebimbangan ahli.

Di akhir bahas, beliau menyarankan agar pimpinan di peringkat tertinggi berpegang pada satu pegangan yang kukuh bagi mengelakkan fitnah dalam parti. 
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat