Utama arrow PAS Pusat arrow Perkasakan Pakatan Rakyat
Perkasakan Pakatan Rakyat PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
IPOH, 16 Ogos - Pakatan Rakyat turut di beri penghargaan atas kejayaan sama  menjayakan strategi PAS dalam pilihan raya lepas," antara ucapan awal perwakilan Negeri Kedah.
"Saranan Kedah agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat menyedari akan kepentingan untuk mereka membina kekuatan sendiri yang setanding dengan PAS".

”Terima kasih kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat kerana tidak meminta, tetapi janganlah pula sampai tidak memberi apa yang sewajarnya”, usul beliau.

Ini berikutan isu UiTM yang dicetuskan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid.

Beliau akhirnya memberikan sedikit peringatan agar pihak pimpinan tidak terlalu leka dalam merombak struktur parti sehingga mengabaikan pandangan ahli bawahan.

”Begitu juga dalam mendapatkan sokongan Islam dan bukan Islam, janganlah sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.” ujarnya lagi.

Sebagai penutup beliau mengharapkan semua berhati-hati dengan sokongan rakyat dan apabila bertahaluf siasi diharapkan ia tidak mengubah prinsip dan dasar parti.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat