Utama arrow PAS Pusat arrow MB Perak melawat petugas IT muktamar
MB Perak melawat petugas IT muktamar PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
IPOH, 16 Ogos - Kira-kira jam 6 petang tadi, YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin sempat melawat petugas IT muktamar yang turut bertanggungjawab melancarkan perjalanan muktamar PAS yang ke 54.

Petugas-petugas IT yang agak keletihan semuanya kembali berwajah ceria menyambut ketibaan Menteri Besar Perak.

Sejurus selepas itu, pada jam 6.30 petang pula Petugas IT dilawati oleh Ustaz Ghani Samsudin selaku Setiausaha Majlis Ulama' memerangkap Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat.

Seramai lebih kurang 50 unit IT telah mula bertugas semenjak daripada hari pertama perasmian muktamar dewan-dewan hari rabu yang lepas.

Siaran langsung melalui web TV kali ini di uruskan sepenuhnya oleh petugas-petugas IT daripada Jabatan IT PAS Pusat dibantu dengan sebilangan tenaga  IT dari Negeri Selangor, Terengganu, Perak dan Kelantan.

Selain itu juga kerja-kerja teknikal lain juga turut diuruskan oleh unit IT pada muktamar kali ini. Unit IT Muktamar kali ini diketuai oleh Saudara Ramadhan selaku panitia IT muktamar tuan rumah kali ini dan dibantu timbalannya Saudara Suhaimi Embong.


 
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat