Utama
Perwakilan semakin matang PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
 IPOH, 16 Ogos - Meskipun digembar-gemburkan bahawa muktamar PAS yang berlangsung di Ipoh kali ini bakal 'panas' dengan isu rundingan dan hal-hal berkaitan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sebahagian besar perwakilan membuat kesimpulan untuk memberi seluruh kepercayaan kepada pimpinan dalam isu muzakarah, muqalah antara PAS dan Umno dan memilih untuk memfokuskan kepada isu tarbiyah di kalangan ahli parti.

Ustaz Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak, dalam wawancara yang dilakukan bersama webtv PAS petang tadi menyifatkan situasi ini menunjukkan kematangan para perwakilan menghadapi isu dikontroversikan pihak tidak bertanggungjawab.

 "Pandangan yang disampaikan oleh perwakilan adalah bermutu. Mereka memberi pandangan dengan bersandarkan nas dan prinsip jemaah Islam. Walaupun ada juga pandangan berupa kritikan dan teguran, namun penyampaian disampaikan secara berhikmah dan halus," ujarnya menjawab persoalan.

Dalam wawancara yang sama juga, beliau turut memuji para perwakilan kerana ketepatan mereka dalam waktu program menyebabkan muktamar berjalan dengan lancar seperti yang dirangkakan.
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat