Utama
Tarbiyah ahli perlu dipertingkatkan PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008

IPOH, 17 ogos - Perwakilan Negeri Perlis semalam menegaskan bahawa aliran pemikiran manusia hanya nampak cantik di luaran sahaja. Namun hakikatnya gagal dari segi perlaksanaan malah tamadun barat lebih diagung-agungkan masyarakat dunia kerana kemajuan sainsnya. 

Barat masih tidak cukup untuk dijadikan model, andai akhlak yang menjadi tunjang kehidupan manusia dalam tamadun tersebut jauh ketinggalan di belakang ilmu.

Hanya melalui penghayatan Islam yang merangkumi semua aspek mampu memberi penyelesaian kepada masalah dunia. Hakikatnya, masyarakat umum masih belum melihat Islam sebagai manual untuk menyelesaikan masalah mereka.

"Di sinilah terletaknya peranan para intelek Islam; khususnya ahli PAS sanagt diperlukan untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat tentang peri pentingnya penghayatan Islam dalam hidup," saran beliau.

Beliau juga mengulas tentang isu pemilihan pemimpin, di mana pemimpin yang intelek, faqeh di dalam agama serta melalui tarbiah yang jitu perlu diberi keutamaan; dan bukan hanya sekadar mengangkat golongan yang petah bercakap sahaja.

Sambil menyatakan kekesal terhadap sesetengah pemimpin PAS yang keberatan untuk mengharamkan arak dan judi di negeri yang diperintah PAS atas alasan masyarakat majmuk; katanya jawapan tersebut diumpamakan seperti menyalin jawapan dari pemimpin Umno.

Beliau mengulas bahawa satu kesalahan besar dalam gerakan Islam apabila politik diletakkan di depan tarbiah. Beliau menggesa bahawa tarbiah tidak boleh dipinggirkan malah perlu diteruskan ke arah membentuk ahli Pas yang jitu.

"Dalam pembentukan kerajaan melalui Pakatan Rakyat, Pas masih gagal menonjolkan pentadbiran dan bi'ah yang lebih baik. Sebaliknya Pas perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk menyampaikan dasar parti dalam kerajaan, bukan hanya sekadar berbangga dengan ceramah di masjid sahaja bahkan bagaimana untuk memakmurkan masjid," saran beliau.

Pas Perlis juga memberi sepenuh kepercayaan kepada Majlis Syura Ulamak serta Presiden Pas dalam menangani isu muqabalah. Tambah beliau, kemungkinan berlaku kelemahan dalam komunikasi antara pimpinan hingga  menimbulkan syak mensyaki di kalangan ahli baru-baru ini.

"Semua pimpinan juga disarankan agar menjaga kerahsiaan parti serta wala' terhadap keputusan pimpinan serta jawatankuasa pemerkasaan parti diperlukan dalam penyelarasan tentang kenyataan sesuatu isu," saran beliau mengakhiri bahas usul.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat