Utama
Kerusi untuk PAS Sarawak PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008

 
IPOH, 17 Ogos - Mengakui Sarawak sebagai negeri yang terbesar serta paling banyak kaum di Malaysia,  wakil negeri Sarawak mencadangkan pada hari pertama Muktamar ke 54 semalam agar gerak kerja Pas di Sarawak memberi lebih fokus kepada konteks tarbiah ke arah melahirkan lebih ramai kader untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.


Justeru, perwakilan Sarawak  menyeru pihak pimpinan pusat untuk turun ke Sarawak dalam membantu melahirkan pimpinan serta ahli baru yang mantap di sana.

Selain itu, Usaha pimpinan pusat untuk mengadakan perbincangan dengan wakil Pakatan Rakyat amat diperlukan untuk menangani isu agihan kerusi di sana yang membolehkan Pas Sarawak menghantar calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Mengakhiri ucapan bahasnya, beliau menyokong penuh cadangan perwakilan negeri Selangor agar negeri yang diperintah Pakatan Rakyat melantik seorang wakil dari negeri Sabah atau Sarawak sebagai senator untuk negeri-negeri tersebut.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat