Utama
Usul Muktamar DMPP dijangka panas PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Saidah Hairan   
Saturday, 19 July 2008

KUALA LUMPUR, 18 Julai  - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kali ke-48 akan berlangsung di Dewan Hotel Hill City Ipoh, Perak pada 14 Ogos bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Pengerusi Muktamar, Wan Hasrina Wan Hassan menjelaskan Muktamar akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, setiap negeri akan menghantar perwakilan seramai 17 orang termasuk Ketua dan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri.

"Kita menjangkakan kehadiran perwakilan dan pemerhati lebih ramai ekoran gelombang tsunami politik yang berlaku dalam pilihan raya ke-12," katanya.

Menurut beliau, DMPP turut menjemput pimpinan Wanita Pakatan Rakyat dan wakil wanita NGO yang telah bersetuju untuk hadir ke Muktamar.

Berhubung dengan usul katanya, beberapa buah negeri telah menghantar usul dan dijangkakan panas untuk dibincangkan dalam Muktamar nanti.

"Antara usul yang panas mendesak hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkemaskan," tegasnya.

Beliau yang juga Timbalan DMPP berkata, ada usul lain yang mendesak supaya jentera muslimat diperkuat daripada sekarang bagi memastikan negeri dan kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dapat ditawan dalam pilihan raya akan datang. -harakah

Kemaskini Terakhir ( Tuesday, 05 August 2008 )
 
< Prev
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat