Utama
Perkukuh Pakatan Rakyat PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
IPOH, 17 ogos - Saudara Abdullah Karim, wakil Dewan Pemuda Pas Pusat mengusulkan bahawa Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan, selari dengan ketetapan oleh Majlis Syura dan Jawatankuasa Pas Pusat. Bagaimanapun,segala pertimbangan mestilah tidak lari dari prinsip serta dasar perjuangan Pas.

Usul bersama Pas Kawasan Kuala Nerus, Besut, Kuala Kedah dan juga Hulu Selangor itu juga menekankan bahawa setiap tindak tanduk yang kita ambil mestilah ke arah memperkukuhkan Pakatan Rakyat, bukan sebaliknya.

Pas sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah saluran terbaik untuk mengetengahkan Islam sebagai cara hidup dalam konteks membentuk masyarakat yang adil, telus dan berkebajikan.

Melalui usul tersebut, Dewan Pemuda Pas Pusat mengambil ketetapan bahawa:

i) menyokong pendirian Presiden Pas yang mahu mempertahanakan dasar Islam dalam menjalin kerjasama dengan Pakatan Rakyat
ii) mendesak pimpinan Pas agar berusaha untuk mempastikan kepentingan Islam terjaga sepanjang
kerjasama politik tersebut
iii) mendesak pimpinan Pas untuk turut memainkan peranan besar dalam menentukan dasar dan halatuju Pakatan Rakyat
iv) menggesa Pas untuk menyampaikan dakwah dan kefahaman tentang Islam kepada parti-parti Pakatan Rakyat agar tiada kekeliruan terhadap dasar Pas dalam memperkukuhkan tahaluf siasi
v)mendesak Pas untuk memperkukuhkan kerjasama dalam semua aspek, dengan menjadikan lima buah negeri Pakatan Rakyat sebagai wasilah dalam kerjasama ini
vi)mendesak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat agar menghormati dasar perjuangan Pas dan tidak menimbulkan perkara-perkara sensitif yang boleh menjejaskan kerjasama ini

Kemaskini Terakhir ( Sunday, 17 August 2008 )
 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat