Utama
Terima kasih, tahniah PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008

 IPOH, 17 Ogos - Dewan stadium yang tidak cukup besar untuk menampung kehadiran perwakilan tidak menjadikan masalah utama kepada urusetia muktamar PAS kali ke 54, sebaliknya mereka berusaha menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaaan para perwakilan dan pemerhati. 

Bertemakan "PAS untuk semua", muktamar yang berlangsung di Dewan Stadium Indera Mulia ini diharapkan dapat membuka mata warga Perak khususnya, agar dapat menilai dan mendekati PAS dengan lebih baik.

Selain daripada menjadi bukti tiada masalah dalam pentadbiran kerajaan campuran di Perak, muktamar ini juga menjadi peluang kepada PAS Perak untuk memantapkan kedudukan parti dan sebagai 'morale boost' kepada para ahli dan penyokong.

Ustaz Haji Asmuni Awi selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan juga Pengarah Muktamar kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan membantu dalam menjayakan muktamar ini.

Meskipun persekitaran Stadium Indera Mulia dipenuhi oleh ribuan perwakilan, pemerhati dan media, namun begitu kehadiran yang seramai ini tidak memberi gangguan terhadap lalulintas.

Para petugas unit amal dari seluruh negeri memainkan peranan penting dengan begitu baik sekali di sini. Tahniah kepada Unit Amal yang bertungkus-lumus, berpanas dan berhujan bagi memastikan muktamar berjalan dengan lancar!

Tidak dilupakan juga petugas keselamatan muslimat yang turut membantu dalam melicinkan gerak kerja keselamatan di bahagian muslimat serta jawatan kuasa bentara yang berseragam hijau bertugas di awal pagi lagi dalam memastikan perjalanan muktamar lancar.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat