Utama
Bantu perjuangan melalui jihad harta, utamakan penyatuan ummah PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008

IPOH, 17 Ogos - Bersempena memperingati peristiwa Nakbah 60 tahun As Syeikh Muhammad Abu Salleh Khaled daripada Jamaah Jihad Islami Palestin telah menyampaikan ucapan di dalam program muktamar PAS pusat yang telah dilangsungkan di Ipoh.

Ucapan beliau yang diterjemahkan oleh Ustaz Nasharudin Mad Isa menyeru ahli PAS untuk membantu perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa melalui jihad harta.

Beliau menyatakan bahawa, "kami disana faham adalah sukar untuk mengajak saudara-saudara turut serta dalam jihad jiwa kerana masalah jarak dan sebagainya, tetapi saudara-saudara boleh membantu perjuangan kami melalui jihad harta".

Beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin akan terus bersama perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan tidak sesekali akan takut kepada tentera-tentera yahudi.

"Kemenangan Islam sudah dekat dan kita akan akan bersama-sama masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat berjamaah bersama," ujarnya lagi.

As-Syeikh Muhammad Abu Salleh mengajak ahli-ahli PAS menghayati 2 masalah utama bahawa jihad palestin, bukannya jihad rakyat Palestin semata-mata tetapi adalah jihad untuk seluruh ummah. Rakyat Palestin berada di barisan hadapan dan dan didokong oleh barisan belakang iaitu seluruh ummat Islam tidak kira di mana mereka berada.

Setiap muslim yang bersolat menghadap kiblat akan tertanya apakah sumbangan kita untuk membebaskan kiblat pertama umat Islam, dan kita akan berusaha dengan dengan pelbagai cara untuk membebaskannya.

Perkara kedua yang mesti dihayati oleh pejuang Islam ialah mengenai penyatuan ummah seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam surah Ali-Imran yang bermaksud "Berpegang teguhlah pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah".

"Perbezaan politik, mazhab dan sebagainya jangan dijadikan sebagai halangan kepada penyatuan ummah," nyata beliau lagi.

Umat Islam mesti duduk di dalam satu saff perjuangan menentang musuh-musuh Allah seperti yang firman oleh Allah s.w.t di dalam surah As-Soff yang  bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang Islam yang berperang di jalan Allah dan duduk di dalam satu soff yang kukuh". "kita mesti memastikan umat Islam duduk di dalam satu soff" ujar beliau.

Panduan Allah ini telah menyebutkan bertapa perlunya penyatuan ummah apatah lagi dalam keadaan suasana seperti sekarang ini.

Beliau juga berkata walaupun terdapat perbezaan pendapat, usaha menyatukan ummah mesti dilakukan. Seorang mantan Setiausaha Agung Harakat Islam yang telah syahid berkata "sengguhnya tidak akan berganjak senjata kami berhadapan dengan musuh, kerana musuh adalah musuh yang akan kami tentang sehabis-habisnya"

Beliau menegaskan hanya dengan penyatuan ummah yang dapat membebaskan ummah dari belenggu musuh-musuh Allah. Dengan penyatuan ini kita sama-sama mengangkat panji-panji Islam, panji-panji tauhid dan panji-panji syahadah.

"Perlu difahami bahawa penyatuan ummah adalah penyatuan yang di bina atas dasar Al-Quran. Allah kasih dengan orang-orang yang berada di atas perjuangan yang satu dan terus istiqamah di dalam perjuangan ini. Yakin lah, Allah telah menjanjikan ganjaran untuk pejuang-pejuang agama Allah ini," akhiri ucapan beliau.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat