Utama
Pakatan Rakyat Bakal Mewarnai Politik Negara PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
 IPOH, 17 Ogos - "Usul ini akan  mewarnai wajah dan suasana politik negara", akui Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Abd Samad dalam ucapan sokongan terhadap usul Dewan Pemuda Pas Pusat.

Ujarnya lagi, kejayaan kerjasama dengan Pakatan Rakyat akan menjadi bukti bahawa Islam itu adil dan cemerlang. Melalui kerjasama ini, Pas berpeluang menzahirkan Islam.

Namun berbeza jika sekiranya Pas berkerjasama dengan Umno kerana Umno juga mendakwa bahawa mereka adalah pejuang Islam.

 Tambahnya lagi, adalah satu kezaliman yang besar terhadap Islam jika kerjasama antara Umno diadakan kerana dengannya Pas tidak akan dapat menzahirkan Islam dalam pemerintahan.

Mengaitkan ucapan dasar muktamar Pas tahun 80-an, beliau juga menggesa agar era kecemerlangan tarbiah pada dekad tersebut dijadikan contoh oleh pimpinan sekarang.

Selain itu, beliau juga menyatakan kesalnya kerana keahlian bersekutu bagi Kelab Penyokong Pas masih gagal dilaksanakan walaupun telah diterima usul pelaksanaannya pada tahun lepas.

"Ini kerana untuk menjadi ahli bersekutu, ahli bukan Islam mesti menerima dasar Pas dalam melaksanakan pemerintahan Islam, tegas beliau lagi.

Shah Alam menyokong usul Dewan Pemuda Pas Pusat. Usulkan agar ditubuhkan Majlis Pakatan Rakyat di peringkat pusat yang akan dijadikan rujukan untuk menyelesaikan masalah-masalah Pakatan Rakyat di peringkat negeri menutup penyokongan usul.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat