Utama arrow PAS Pusat arrow Pagi terakhir muktamar 54
Pagi terakhir muktamar 54 PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
IPOH, 17 Ogos - Hari ketiga persidangan muktamar tahunan PAS ke 54 pagi ini bermula dengan suasana yang  cukup ceria. Kelihatan semua petugas muktamar di dalam dan di luar dewan stadium menyempurnakan tugas masing-masing dengan penuh bersemangat.
Seawal jam 8.15 lagi, sebahagian dewan muktamar sudah pun dipenuhi oleh  pemerhati dan perwakilan yang bersemangat untuk meneruskan agenda yang lebih menarik pada hari ini iaitu sesi perbahasan usul.

Turut kelihatan ketibaan awal Setiausaha Agung PAS Pusat, YB Dato' Kamaruddin Jaafar yang lengkap berbaju melayu hijau serta Saudari Aiman Athirah Al-Jundi, Setiausaha Dewan Muslimat dengan langkah yang bersemangat dan berwajah ceria.      

Sejurus sepuluh minit kemudian kesemua Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat mengambil tempat di atas pentas utama.
 
Majlis yang dipengerusikan oleh pengerusi tetap Ustaz Abu Kasim diserikan dengan pantun-pantun perjuangan.

Pembentangan usul pertama berkenaan 'usul memperkukuhkan Pakatan Rakyat' dibentang oleh Saudara Abdullah Abdul Karim selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Usul yang menarik itu dibentangkan hasil usul bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Besut, Kuala Kedah dan Hulu Selangor.

"Dewan Pemuda di sini menyokong penuh pendirian Presiden Pas yang mahukan PAS mempertahankan dasar Islam dalam menjalinkan hubungan kerjasama denga Pakatan rakyat serta memperkukuhkan Pakatan Rakyat," tambah beliau lagi.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat