Utama
Perak menyokong usul memperkukuh Pakatan Rakyat PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 

IPOH, 17 Ogos -
Perbahasan usul pertama berkenaan usul memperkukuhkan Pakatan Rakyat disambut Saudara Khairudin Abdul Malik selaku perwakilan Negeri Perak untuk bersama dibahaskan.
"Negeri Perak adalah negeri contoh yang sangat relevan dengan pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat, setiap cara pemerintahan ada kebaikan dan pastinya wujudnya kekurangan namun, wadah dalam Pakatan Rakyat adalah perkara utama yang perlu dipertingkatkan," ujarnya.

"Mencari jalan dalam menjalinkan hubungan antara Pimpinan Pakatan perlu diusahakan bagi menjaga jalinan yang sudah terbina, hubungan peribadi antara pimpinan perlu dibina awal walaupun Pakatan Rakyat masih belum memerintah," tambah beliau lagi.

Perak juga turut menyokong agar PAS memperkukuhkan kerjasama dalam semua aspek dengan Pakatan rakyat dan menjadikan lima buah kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sebagai wasilah pengukuhan kerjasama ini.     

Turut di sarankan agar PAS melebarkan jaringan kekuatan dengan kemasukan ahli-ahli baru di akhir perbahasan.
 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat