Utama
Usul memperkukuh Pakatan Rakyat diterima tanpa bahas PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
 IPOH, 17 Ogos – Selepas usul Dewan Pemuda diterima sebulat suara oleh para perwakilan, YAB Tuan Guru Mursyidul Am telah menyampaikan ucapan yang sarat dengan peringatan.

Perkara pertama yang disebut beliau ialah berkenaan penarikan kebenaran untuk berkhutbah di Masjid Negeri Perak yang pada awalnya telah diperkenankan  oleh pihak istana tapi akhirnya ditarik balik.

Semuanya gara-gara UMNO yang ingin bermuqabalah dengan PAS. “Mungkin ceramah kita seperti satu bala besar kepada orang-orang UMNO (di Perak).” kata Tuan Guru .

Tuan Guru menegaskan jika PAS ingin bermuzakarah dengan UMNO, hanya satu perkara yang akan dibincangkan iaitu, “Kenapa UMNO tidak mahu menerima Islam  dengan syamil (sepenuhnya)?”

Muzakarah dengan UMNO hanya muzakarah diniyyah bukannya muzakarah siasiyah.

Selain itu, Tuan Guru juga mengingatkan bahawa soal paling penting dalam perjuangan bukanlah bilangan Negeri yang boleh diperintah tetapi sejauh mana penerimaan orang bukan Islam terhadap Islam.

 "Jika sayangkan UMNO, seharusnya kita menarik mereka keluar dari parti tersebut dan tugas ini sebaiknya dilakukan oleh Dewan Pemuda dengan menubuhkan unit-unit khas untuk menarik golongan muda UMNO," ujar tuan guru lagi.

Tuan Guru sempat berseloroh agar kita menarik golongan muda sahaja dan biarkanlah mereka yang tua ibarat menebang pokok yang besar, untuk menumbangkannya kita perlulah mencantas ranting dan dahannya terlebih dahulu, lama-lama barulah batangnya tumbang, sungguh dalam maksud misalan tersebut.

Tuan Guru mengingatkan agar semua pihak jangan berjuang untuk parti semata-mata kerana akhirnya perjuangan tersebut hanya kalah atau pun menang.

"Akan tetapi perjuangan kita mestilah kerana menjaga matlamat parti iaitu Islam kerana penghujung perjuangan tersebut ialah Syurga atau Neraka," nasihatnya mengakhiri kata.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat