Utama
PAS kawasan Tenggara bawa usul Keselamatan Negara PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
IPOH 17 Ogos - Perwakilan Tenggara memulakan pembentangan usul dengan memperkenalkan Bandar Tenggara yang merupakan bandar baru yang dibuka di selatan negara yang telah dibuka selama 30 tahun.

Beliau memberitahu sidang muktamirin bahawa sememangnya kita memerlukan pekerja asing untuk membantu kita dalam pembangunan negara.

"Namun permasalahannya adalah kedatangan pekerja-pekerja asing yang banyak dan keengganan mereka untuk pulang ke negara masing-masing sering menimbulkan gangguan terhadap gadis-gadis di negara ini dan melakukan pelbagai gejala sosial yang lain," terang beliau sebentar tadi.

PAS Tenggara mencadangkan beberapa cadangan perkara iaitu mendesak kerajaan pusat untuk memperkemaskan undang-undang sedia ada dan memantapkan penguatkuasaannya bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke dalam negara ini.

"PAS Tenggara juga mencadangkan agar seluruh ahli PAS digesa bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha membenteras pendatang tanpa izin dan mengenal pasti pendatang tanpa izin yang didaftarkan sebagai pengundi," ujar beliau melalui cadangan kedua.

Tambah beliau, "Cadangan agar pihak berwajib didesak untuk memastikan semua bentuk pendaftaran pendatang tanpa izin secara haram sama ada sebagai warganegara atau pengundi hantu dihapuskan," mengakhiri ketiga-tiga cadangan penyelesaian bagi usul yang dibentangkan.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat