Utama
PAS Sabah bimbang kehadiran pendatang asing PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
IPOH, 17 Ogos - Sidang muktamar sebentar tadi digemparkan dengan kehadiran perwakilan Tawau yang hadir dihadapan pentas untuk memohon keizinan pimpinan untuk membuat sedikit pengumuman berkaitan dengan usul keselamatan Negara. Pengerusi muktamar memberikan kebenaran agar perwakilan bersuara.

Beliau memberitahu bahawa terdapat 3 faktor pendatang tanpa izin di Sabah. Sama ada pendatang merupakan pendatang yang berhijrah ke sabah pada awal penubuhan Sabah, berhijrah ke Sabah untuk mencari rezeki dan pendatang yang dibawa masuk ke Sabah oleh UMNO untuk pilihanraya sebagai pengundi hantu.

Beliau menambah, bahawa pendatang warga asing tersebut dibawa masukkan di Sabah pada awal penubuhan Sabah adalah untuk mengimbangi penduduk Islam di Sabah bagi mengiktirafkan Islam sebagai agama rasmi di Sabah.

"Namun golongan ini masih tidak lagi mendapat permit sebagai warganegara Malaysia bahkan, jika golongan ini dibawa pulang ke Negara asal mereka, maka bilangan penduduk Islam di Sabah akan berkurangan daripada 51%," ujarnya dalam nada tegas.

Di akhir ucapan, sidang muktamar menyatakan bahawa telah menerima maklumat yang disampaikan oleh perwakilan tersebut dan akan mengambil kira dalam perbincangan yang lebih tertutup.

Ini kerana pengerusi muktamar menyatakan bahawa isu negara adalah isu yang mempunyai sensetivit tinggi dan tidak boleh dibincangkan ditempat yang terbuka.

Perwakilan mengucapkan terima kasih atas kebenaran bersuara, dan akhirnya kembali ke tempat duduk perwakilan.

Kemaskini Terakhir ( Tuesday, 19 August 2008 )
 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat