Utama
PAS Kelantan seru wujudkan Suruhanjaya Diraja atasi masalah PATI PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
 IPOH, 17 Ogos – Ucapan menyokong usul Dewan Pemuda oleh YB Mohd. Apandi Mohammad dari Kelantan petang tadi banyak menyentuh isu keselamatan negara terutama aspek pendaftaran pengundi.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggunakan RM13 juta untuk menjayakan Skil Takaful Warga Emas (dalam usaha pendaftaran pengundi).

Menurut beliau isu pendaftaran pemilih amat berkait dengan isu pendatang tanpa izin (PATI).

Beliau bimbang PATI akan dipergunakan untuk mengundi di dalam PR akan datang kerana proses pendafatran pengundi diswastakan.

 "Selain itu, sukar untuk diketahui jumlah sebenar rakyat di negara kita terdapatnya penyelewengan di Jabatan Imigresen yang mungkin menguruskan pendaftaran pengundi PATI," ujarnya lagi.

Beliau mendesak ahli-ahli parlimen PAS agar mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menguruskan masalah ini.

"Di samping itu jentera parti perlu diperkemaskan segera yang mungkin bagi mengurus dan memantau perkara ini," cadang beliau di akhir ucapan.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat