Utama
Muslimat mensyorkan wujudkan badan untuk menangani masalah PATI PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Sunday, 17 August 2008
 
 IPOH 17 Ogos - Perwakilan Dewan Muslimat melalui Setiausaha Dewan menyatakan bahawa Dewan Muslimat menyokong perkara 1 dan 2 berdasarkan 3 faktor.

Faktor-faktor tersebut iaitu pertama, kos yang terlibat dalam uruskan pendatang tanpa izin melibatkan kos penghantaran yang berlipat kali ganda.

"Kedua, wang rakyat dibazirkan semata-mata untuk menutup kelemahan Barisan Nasional. Ketiga, rasuah menjadi berleluasa akibat daripada kegagalan kerajaan BN mentadbir Negara," ulas beliau.

Oleh yang demikian, untuk faktor yang ketiga, beliau berharap agar SPR dapat bergerak cergas di Malaysia Timur.

Beliau menambah, cadangan mewujudkan sebuah unit di Sabah dan Sarawak agar dapat menangani masalah dokumen berdaftar.

Akhirnya, beliau menyatakan bahawa dewan muslimat menerima usul ini dengan perkara ketiga perlu dibincangkan semula.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat