Utama
Perkasakan Pakatan Rakyat - Mursyidul Am PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Tuesday, 19 August 2008
 
 KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Mengulas wawancara bersama Mursyidul Am, beliau menyatakan perkara yang perlu diutamakan adalah pada masa sekarang adalah kita perlu memperkasakan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Keutamaan itu perlu, memandangkan masyarakat Cina dan India itu sendiri boleh menerima Islam dan memberi sokongan kepada dasar PAS iaitu Islam.

Pemerintahan Islam yang dijalankan oleh PAS di Negeri Kelantan sebaliknya telah berjaya menarik ramai pelabur untuk melabur di Kelantan.

Ini kerana mereka yakin setelah Kerajaan PAS menjalankan sistem perbankan Islam sepenuhnya, iaitu menghapuskan semua wang riba' yang pada mulanya terdapat dua kaunter iaitu perbankan Islam dan konvensional.

"Namun kini, hanya terdapat satu kaunter sahaja yang ada, dengan boleh lihat Hong Leong Bank di Kelantan," contoh beliau.

Berkenaan isu khutbah Jumaat di Negeri Perak, pada awalnya pihak Istana sendiri membenarkan beliau untuk menyampaikan khutbah.

Namun sejurus beliau tiba di Perak, maklumat memberitahu bahawa kebenaran menyampaikan khutbah tersebut dihalang.

Beliau merasakan "terdapat pihak yang tidak berpuas hati lalu menyebabkan ia nya dihalang," ujarnya akur pada perintah halangan tersebut dengan nada sedikit sayu.
 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat