Utama
Kehadiran Muslimat melakar sejarah muktamar PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Tuesday, 19 August 2008
 
 KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Kehadiran muslimat yang paling ramai melakar sejarah muktamar pada kali ini. Bermula dari muktamar Dewan Muslimat di Hotel Hillcity, dewan ballroom terpaksa ditambah bilangan kerusi di pertengahan muktamar dan kerusi-kerusi dibahagian muslimat yang penuh di Stadium Indera Mulia. Kemeriahan kehadiran ini menimbulkan persoalan apakah yang menyebabkan muslimat begitu ghairah dalam muktamar kali ini.
 
Ketua Dewan Muslimat Ustazah Nuridah Mohd Salleh, ketika dalam wawancara khas bersama menjawab bahawa "kemungkinan muktamar sudah terlalu lama tidak diadakan di Perak dan ini merupakan kali ke 4 kita bermuktamar di Perak".

"Muslimat kini lebih kehadapan dalam membincangkan isu semasa parti. Seluruh perwakilan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan muktamar kali ini, tidak terkecuali perwakilan dari Sabah dan Sarawak.

Mengukuhkan jamaah terutama dalam keterlibatan muslimat di negeri-negeri yang telah dimenangi antara isu yang perlu diambil perhatian dan banyak diusulkan perwakilan negeri.

"Perancangan yang lebih rancak untuk menawan negeri-negeri yang belum dimenangi juga turut diusulkan oleh muslimat untuk penambahbaikan parti," ujarnya beliau lagi.

Harapan beliau agar muslimat dimasa akan datang lebih terus berani dalam menyatakan hasrat berserta hujah yang bernas bagi melahirkan gerak kerja yang lebih baik kepada muslimat khasnya dan parti amnya," akhir wawancara beliau.

 
< Prev   Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat