Utama
Dewan Muslimat seru setiap ahli bersedia menjadi Kerajaan dari sekarang PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITP   
Wednesday, 03 September 2008
IPOH, 17 Ogos - Perwakilan Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi, mempersoalkan dua Lajnah PAS Pusat yang tidak melantik Muslimat sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah iaitu Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) dan Lajnah Petani, Buruh dan Nelayan. Ini kerana seolah-olah bercanggah dengan ucapan dasar Presiden yang  memuji peranan Muslimat.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, juga meminta supaya, jika Pakatan Rakyat (PR) menjadi pemerintah dalam masa yang terdekat, Pimpinan PAS jangan mengeluarkan kenyataan seolah-olah terkejut dengan kemenangan tersebut, katanya.

Seluruh pimpinan PAS daripada Pusat, Negeri dan Kawasan perlu bersedia dariapda sekarang untuk menjadi pemerintah. Kerana PAS sudah berusia lebih 50 tahun sepatutnya setiap ahli PAS sudah lama bersiap sedia menjadi pemerintah.

img_0830.jpg

Mengenai slogan PAS For All, seluruh ahli PAS perlu merealisasikan slogan tersebut. PAS Negeri Kelantan telah lama melaksanakan slogan tersebut dengan menerima pimpinan luar sebagai calon di dalam pilihanraya umum.

Mengenai Negeri yang diperintah oleh PR, beliau meminta supaya Kerajaan-Kerajaan Negeri tersebut dapat menunjukkan perbezaan berbanding pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Jika perkara ini berjaya dilakukan, InsyaAllah mudah bagi PR untuk mengambil alih pemerintahan di Malaysia pada masa akan datang.

 
Next >
© 2017 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat