Utama
Amy Seach akan muncul di Muktamar PAS 54 di Ipoh PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Tranungkite Online   
Wednesday, 23 July 2008

 Amy Search akan  muncul di Ipoh sempena Muktamar PAS 54 yang akan diadakan di Stadium Indra Mulia pada pertengahan Ogos ini nanti.

Demikian dimaklumkan oleh Saudara Badrain selaku ketua Jawatankuasa Pelaksana Muktamar tersebut. Sekretariat Jamaei akan menguruskan program tersebut yang diberi nama Malam Expresi Kesenian Islam.

 

“Kehadhiran Amy akan memberi tarikan kepada anak-anak muda; untuk bersama dalam majlis seumpama ini supaya mereka tidak kekok dengan majlis-majlis anjuran PAS dimasa-masa yang akan datang.Kami mahu mereka dapat mencari jalan pulang, Insya’Allah,” katanya.

Ditanya, apakah nanti tidak akan timbul kesan negatif sebagaimana yang baru-baru ini sebagaimana konsert; PROTEST yang baru lalu, beliau berkata, persembahan Amy hanya menggunakan musik unplug, lagi pun Amy sangat berpengalaman dan kami akan pastikan persembahannya bersesuaian dengan majlis tersebut.

Saudara Badrain menjelaskan, selain kemunculan Amy, pihak penganjur; telah mendapat persetujuan lain-lain artis untuk hadir membuat persembahan.

“Antaranya ialah kumpulan nasyid terkenal Far-East dan juga kumpulan Saff One.Selain itu ada juga persembahan deklamasi sajak oleh sasterawan dan penulis terkenal Dinsman, Muhaimin & Zuar XPDC dan HM Salleh.”

Apabila ditanya kenapa tidak dijemput sama Akil Hayi, seorang selebriti tempatan yang seketika dulu sering bersama program anjuran PAS, beliau berkata, program tersebut lebih bersifat persembahan amal kerana kami tidak mengenakan apa-apa bayaran, Kami sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi bersama menyumbangkan; amal; bakti dengan kos yang sangat sederhana dan sesuai dengan bajet kami.

Kemaskini Terakhir ( Tuesday, 05 August 2008 )
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat