Utama arrow Dewan Pemuda arrow Pemuda cadang diwujudkan Koridor Kuasa Pakatan
Pemuda cadang diwujudkan Koridor Kuasa Pakatan PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Harakahdaily   
Thursday, 14 August 2008
 
IPOH, 13 Ogos - Dewan Pemuda PAS berusaha memperteguhkan kemenangan yang perlu diperluaskan dengan kerjasama lebih erat di kalangan lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mencadangkan supaya diwujudkan koridor kuasa Pakatan Rakyat bagi memperteguhkan urus tadbir kerajaan dan pengurusan ekonomi.

"Antara kekuatan yang dijaminkan oleh perlembagaan Persekutuan untuk negeri ialah soal tanah dan agama yang mesti digembelingkan secara maksimum.

"Hasil bumi yang kaya ini mesti dimanfaatkan secara terancang untuk kebaikan bersama," katanya pada ucapan dasar bertajuk Perteguhkan Kemenangan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49.

Muktamar itu mencatat sejarah apabila buat pertama kali diadakan Stadium Indera Mulia, Ipoh sejak dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat pada 8 Mac lalu.

Salahuddin berkata, jaringan kerjasama ekonomi dan persefahaman politik mesti dibuat segera.

"Saya menggesa supaya sebuah Jawatankuasa Pemandu Pakatan Rakyat di peringkat pusat diwujudkan supaya dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dapat diselaraskan.

"Selain itu agihan sumber dan rancangan pembangunan bersama dapat menangani sekatan politik dan ekonomi yang dilakukan kerajaan pusat ke atas lima negeri," katanya.

Menurutnya jawatankuasa pemandu perlu berperanan agar lima buah negeri Pakatan menjadi satu persekutuan yang saling bahu membahu dalam mengekalkan keyakinan dan kepuasan rakyat.

Salahuddin juga berkata PAS berpengalaman memerintah Kelantan sejak 1990 bersedia berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS tidak pernah menzalimi atau menganiayai sesiapa termasuk bukan Islam.- harakah
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat