Utama arrow Dewan Muslimat arrow Memelihara Perjuangan - Setiausaha DMPP
Memelihara Perjuangan - Setiausaha DMPP PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Thursday, 14 August 2008

IPOH, 14 Ogos - "Pilihanraya ke 12 yang lepas bukan sahaja mengukir sejarah bagi mempertahankan kemenangan PAS di Negeri Kelantan, malah menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri".

"Ini membuktikan bahawa rakyat telah memberi kepercayaan untuk Pakatan Rakyat membuat perubahan yang selama ini telah dikuasai Barisan Nasional," ucap Setiausaha Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al-Jundi dalam ucapannya dalam perasmian muktamar Dewan Muslimat pagi tadi.

"Saat ini rakyat telah berani memberikan mandat bersuara kepada pimpinan pakatan rakyat dulunya di anggap sebagai pembangkang bagi menjaga dan mempertahankan hak rakyat yang selama ini kononnya dianggap oleh mereka terjaga".  

"Muktamar tahunan PAS ini juga merupakan medan melepasi semua peringkat lapisan samaada dari cawangan hingga ke pusat melalui teguran, pandangan serta kritikan membina dalam penambahbaikan dewan-dewan khasnya dan parti amnya," tambah beliau.

"jangan diturut resmi kiambang, meskipun hijau akar tak jejak, jangan diusik burung dihutan, burung di hutan mati tak makan, biarkan umno terjun dengan labu-labunya"

"Selingan pantun kepada para perwakilan memperingatkan agar ahli parti dapat menghadapi pelbagai ujian fitnah kepada parti waktu ini sebaik mungkin, agar perjuangan yang terbina selama ini kukuh terjaga," ulas beliau ringkas dalam isu muzakarah antara PAS dan Umno.

"Muktamar ini merupakan medan untuk meluahkan, teguran, pandangan serta kritikan membina samada dari peringkat cawangan hingga ke pusat, namun diperingatkan juga agar tidak ada bedilan peluru yang bakal membedil kita semula nanti". tambah beliau lagi.

Di akhir ucapan beliau berharap agar apa jua yang diamal dan diusahakan akan menjadi sandaran bagi menuju jambatan akhirat.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat