Utama arrow Dewan Muslimat arrow Peranan Muslimat berganding bahu melaksanakan amanah
Peranan Muslimat berganding bahu melaksanakan amanah PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Thursday, 14 August 2008

IPOH, 14 Ogos - "PAS kini berjaya meraih kemenangan di beberapa negeri, atas dasar ”tahaluf siasi ” kerjasama politik. Maka tanggungjawab mengisi kemenangan ini sudah tentulah dipikul oleh semua. Di dalam konsep bantu-membantu dan sokong-menyokong, Muslimat PAS tidak terlepas dari melaksanakan tanggungjawab mengisi kemenangan ini," ucap Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam ucapan tema perasmian muktamar tahunan DMPP pagi tadi.

"Sebagai salah satu sayap kepada PAS, Muslimat PAS mesti dilihat melepasi kepungan pemencilan. Ia hendaklah dilihat sebagai tenaga penting dalam semua bidang kemasyarakatan khususnya dalam menaikkan martabat wanita, meletakkan hak-hak wanita kembali ke tempat asalnya serta membela masyarakat wanita yang ditindas".

Beliau memetik firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 228 yang berbunyi "Wanita itu mempunyai hak-hak, sama seperti juga mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan baik, dan lelaki mempunyai kelebihan darjat di atas mereka. Dan sesunggunya Allah Maha Mulia lagi Bijaksana."             

"Semestinya sifat-sifat terpuji yang telah dipamerkan oleh para isteri Rasulullah s.a.w seperti Saidatina Khadijah yang terkenal dengan pengorbanannya yang tinggi kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh baginda Rasulullah s.a.w menjadi ikutan setiap anggota Dewan Muslimat" tekan beliau.

"Sifat-sifat mulia ini perlu menjadi contoh teladan kepada para muslimat untuk menyediakan diri sebagai muslimah contoh kepada masyarakat wanita khususnya di Malaysia".

"Atas dasar kesedaran manusia harus hidup saling menghormati tanpa mengira kaum demi menjaga kesejahteraan rakyat, Dewan Muslimat menyeru semua golongan professional, turut bangun bersama berganding bahu dalam pembinaan modal insan di kalangan masyarakat sebagai agenda utama Dewan Muslimat dalam mengisi dan mempertahankan kemenangan," akhir ucapan beliau.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat