Utama arrow Dewan Muslimat arrow Pemimpin menyeru yang makruf mencegah yang mungkar - Naib Presiden
Pemimpin menyeru yang makruf mencegah yang mungkar - Naib Presiden PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Thursday, 14 August 2008

 

IPOH, 14 Ogos - "Tugas pemimpin yang utama adalah mendirikan solat, membawa kemakmuran kepada  masyakarat dan menyeru kepada makruf menentang yang mungkar, dan seterusnya akibat tindakan itu  dikembalikan semua kepada ALLAH tanpa rasa takut akan akibat tindakan itu," ujar Naib Presiden di  Muktamar Tahunan Muslimat kali 48 pagi tadi.

Muktamar yang bermula jam 9.00 pagi tadi di Ballroom Hotel Hillcity, Ipoh telah dirasmikan Naib  Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad bin Sabu yang turut dihadiri Datin Seri Fatimah Taat, Ketua Wanita PKR  yang juga Ahli Parlimen Ampang Puan Zuraidah Kamaruddin, ADUN Menglembu Puan Keong Meng Sing dan  perwakilan dari semua negeri. 

"Ketua negera bukan sekadar untuk mendapatkan kepentingan peribadi, tetapi berperanan untuk meruntuhkan  jahiliyyah dan keabdian kepada Allah s.w.t," tekan beliau.

Beliau mengimbas kembali kehebatan tamadun islam di zaman Rasullah, zaman sahabat, dalam masa yang  singkat menundukkan imperalis yang berkuasa hebat di empayar Rom dan Parsi. Juga peranan dan  kepimpinan khalifah ke dua yang membenarkan rakyat menegur dan mengkritik kerajaan. Di waktu itu  juga muslimat turut mengambil bahagian dalam membantah perintah Khalifah Umar Al-Khatab dalam hal mahar.

"Kemenangan bukan terletak kepada kekuatan tentera tapi pada sistem yang diamalkan oleh Kerajaan  ISLAM pada ketika itu".

"Sekarang Allah telah mengamanahkan kita memerintah dengan sedikit kuasa untuk memerintah dan kini rakyat juga boleh membuat perbandingan apabila kita membawa konsep kerajaan berkebajikan" tambah beliau lagi.

Oleh itu kita di Pakatan Rakyat yang berkonsepkan negara berkebajikan di lima buah negeri ini perlu  menunjukkan kebaikan di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat" akhiri kata beliau. 

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat