Utama arrow Dewan Pemuda arrow Selangor, Terengganu buat perwakilan naik angin
Selangor, Terengganu buat perwakilan naik angin PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Harakahdaily   
Thursday, 14 August 2008
IPOH, 14 Ogos - Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-49 dimulakan dengan perbahasan yang agak hambar, apabila dua perwakilan tanpa segan mengakui kurang bersedia berbahas.

Pemerhati menyifatkan ia tidak sepatutnya disebut biar pun mereka cuba mempamerkan ikhlas, mengakui kurang bersedia. Ini kerana ia boleh mencerminkan kelemahan pemuda PAS.

Apakah kehadiran ke muktamar yang sudah dijadualkan sejak awal lagi masih mahu dianggap belum bersedia.

Malah, wakil Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman secara terus terang mahu diwujudkan pre council bagi memastikan mutu perbahasan dapat dipertingkatkan.

"Selain itu tidak wujudnya isu-isu yang menggelirukan dibahas pada muktamar secara terbuka," katanya pada perbahasan ucapan dasar Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Stadium Indera Putra di sini, hari ini.

Bagaimanapun bangkitnya perwakilan Selangor dan Terengganu mula menghangatkan persidangan yang diadakan.

Setidak-tidaknya menghangatkan persidangan agar tidak terus sejuk dan separa dingin.

Namun agak memeranjatkan apabila perwakilan Terengganu, Wan Khairy Wan Abdullah mencadangkan dua pemimpin PAS dihadap ke Jawatankuasa Disiplin parti di atas kenyataan mereka sebelum ini.

Biar pun selepas itu diberi peringatan Pengerusi Tetap, Ustaz Misbahul Munir, ia sudah agak terlewat kerana ucapan wakil Terengganu sudah lama ditunggu-tunggu media harian.

Setidak-tidaknya perwakilan terbabit memberi ruang untuk melariskan akhbar mereka.

Tidak kurang juga kepetahan perwakilan Selangor, Ustaz Zulkifli Ahmad yang mahu perjuangan negara Islam terus diperkatakan biar pun ada pihak melarang berbuat demikian.

"Jangan ulamak dijadikan terompah semata-mata, ada masanya ulama dipertikaikan dan hanya menjadi alat sahaja.

Ada keputusan presiden tidak dihiraukan, sebab itu kita mendesak mempertahankan dan menyokong syura," katanya.

Oleh itu beliau mengajak ahli dan penyokong menurunkan pemimpin tersebut kerana kemenangan mereka berpangkal kepada sokongan akar umbi.

Beliau juga membidaskan berita-berita dalam Harakah yang dianggapnya sering kali mengangkatkan berita orang lain yang bukan berkaitan PAS.

Ucapan lantang dengan berkali-kali menempuk restron membuat perwakilan dan pemerhati naik angin seketika. - harakah
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat