Utama arrow Dewan Ulamak arrow Dr. Ammam Said suntik semangat kepada perwakilan Ulama
Dr. Ammam Said suntik semangat kepada perwakilan Ulama PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Aniz Nazri   
Thursday, 14 August 2008

IPOH, 14 Ogos  - Perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat diberi suntikan semangat daripada wakil Ikhwanul Muslimin Jordan, Dr Ammam Said, bagi meneruskan peranan sebagai pewaris nabi, di negara ini.

Beliau diberi penghargaan untuk berucap kepada para perwakilan ulama dalam bahasa Arab dan diterjemahkan Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Suib Din.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa golongan ulama merupakan golongan yang mempunyai kedudukan tertinggi di akhirat kelak sekiranya benar-benar ikhlas menjalankan usaha dakwah dan memartabatkan Islam.

Namun, katanya apa yang menjadi masalah masa kini adalah terdapat golongan ulama yang sukar menyatakan kebenaran iaitu ulama ussu' yang tidak beramal dengan ilmu yang ada padanya.

Tambah beliau, Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya menyebut ulama seperti ini akan dibakar api neraka kelak, dan akan menjadi seperti keldai-keldai yang berpusing-pusing di tempat kitarannya.

Justeru, katanya sudah pasti para pewakilan yang berada di dewan ini perlu memainkan peranan meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di negara ini.

"Jika di zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, baginda berhadapan dengan berhala-berhala, tidak jauh bezanya dengan zaman sekarang yang juga terdapat berhala seperti berhala gejala sosial, berhala rasuah, berhala harta benda. Dan oleh itu, tugas saudara semua sama dengan Rasulullah s.a.w. untuk memecahkan berhala-berhala itu yang berbagai bentuk dan rupa," kata beliau.

Beliau menyampaikan ucapan di hadapan 300 perwakilan, dari 14 buah negeri, masing-masing 15 orang setiap negeri.

Muktamar Dewan Ulama telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh, Perak.-harakah
 
< Prev
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat