Utama arrow Dewan Ulamak arrow Ahli Bersekutu telah lama diputuskan oleh Dewan Ulama
Ahli Bersekutu telah lama diputuskan oleh Dewan Ulama PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Intan Abdullah   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 14 Ogos - PAS telah mempunyai keputusan mengenai usul keahlian bukan Islam yang sejak akhir-akhir ini hangat diperkatakan khususnya selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato' Mohd Daud Iraqi berkata pihak kepimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama telahpun membuat keputusan tersebut, namun ianya masih belum dilaksanakan.

"Kita telah ada keputusan, tapi belum dilaksanakan," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas selepas majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Dewan Bandaran Ipoh, dekat sini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu tersebut, memandangkan ianya juga timbul di muktamar dewan-dewan yang lain.

Sungguhpun begitu, beliau menegaskan jawatankuasa parti masih belum melaksanakan apa yang diputuskan mengenai hal itu.

"Ianya disebut sebagai ahli bersekutu," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, ujarnya ia masih mempertimbangkan mengenai kehendak dan keperluan semasa.

Isu keahlian bukan Islam menjadi perbualan hangat khususnya selepas kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri.

Bagaimanapun, PAS telah mempunyai Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan masyarakat Cina dan India.

Turut serta dalam sidang media tersebut, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin dan AJK dewan, Dato' Haron Taib.
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat