Utama arrow Dewan Muslimat arrow Muslimat perlu serlahkan kehebatan - Mohamad Sabu
Muslimat perlu serlahkan kehebatan - Mohamad Sabu PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 14 Ogos - "Muslimat berperanan penting dalam menggerakan ummah dalam mengisi kemenangan, melestarikan kebajikan".

"Kalau dulu wanita hanya dianggap sebagai golongan kelas kedua dan mampu berperanan di dapur sahaja, namun kini muslimat kembali berperanan hebat di parlimen setelah hebat di Dewan negara,' ujar Mohamad Sabu sewaktu ucapannya di perasmian Muktamar Dewan Muslimat pagi tadi.

"Kini kita boleh lihat tanggapan terhadap PAS dahulunya telah berjaya dikikis dengan adanya wakil muslimat kita di Dewan Negara dan Dewan Rakyat," tambahnya lagi

"Tidak pernah kita mimpikan kemenangan di kawasan yang majoritinya orang bukan Islam contohnya di Parlimen Kota Raja yang menang dengan majoriti yang besar, walaupun muslimat masih bertudung labuh".

"Penerimaan rakyat itu bukan terletak pada cara pemakaian mahupun perbezaan kaum itu, tetapi rakyat sekarang sudah panadai memilih pemimpin yang boleh berpidato hebat, yang akan berhujah mempertahankan kebenaran dan keadilan menentang pemerintah yang zalim".

"Peranan dan penonjolan muslimat dalam menangkis label yang kurang baik kepada Islam serta membolehkan PAS menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya yang lepas. Parti ucapkan terima kasih kepada muslimat yang telah berkorban selama ini".

"Peranan muslimat cukup penting, saya sendiri bila ada demo di Kuala Lumpur, saya takut dan banyak  kali ke tandas, tetapi bila saya ke tempat demo, saya tgk YB Zuraidah, peguam Latifah Koya dan Saudari Athirah, merekalah yg menjaga keselamatan saya. Sehingga mereka juga ada yang diangkut ke lokap," ujarnya sambil berseloroh.

"Sekarang Muslimat PAS telah pun berperanan di persada politik tanahair dengan mengikut keupayaan mereka disamping muslimin, bukan seperti yg diguna pakai dan kemudian di buang".

"PAS tidak akan mendiskriminasi muslimat cuma mereka berperanan dalam batas-batas terentu yang akan ditentukan oleh pimpinan PAS".

"Di akhir ucapan perasmian beliau meletakkan keyakinan pada muslimat agar semakin hebat dan berusaha menunjukkan kehebatan mereka".

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat