Utama arrow Dewan Pemuda arrow Pejuang PAS perlu bersedia hadapi risiko ISA - Kedah
Pejuang PAS perlu bersedia hadapi risiko ISA - Kedah PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Muktamar PAS ke-54   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 14 Ogos  - Perwakilan Kedah, Mohd Lutfi Ariffin mengajak perwakilan bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semata-mata bagi mempertahankan perjuangan Islam.

Beliau yang juga bekas tahanan ISA berkata, perjuangan yang benar perlu berdepan dengan risiko sehingga ditahan di bawah ISA.

Manakala perwakilan Negeri Sembilan, Khairul Azhar Kamaruddin mahu Kelab Penyokong PAS dibentuk sebagai satu jabatan bagi membolehkan mesej perjuangan disampaikan dengan lebih berkesan.

"Begitu juga dengan Unit Amal perlu juga dibuka kepada orang non Muslim bagi membolehkan mesej dakwah disampaikan kepada mereka.

"Sama juga dengan Pasti hendaklah turut dibuka kepada orang bukan Islam sebagai saluran untuk berdakwah secara tidak langsung," ujarnya.

Beliau juga berharap Pasti dan Unit Amal turut diberi perhatian kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi memastikan pengurusannya dapat dipertingkatkan.

Ia juga wajar dijadikan menjadi aktiviti kerajaan negeri seperti dilaksanakan di Kelantan terutamanya bagi mendapat sumber pembiayaan.

Menurutnya di negeri-negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat hendaklah mengambil sikap sama dengan apa yang dilakukan di Kelantan.

Beliau juga berharap PAS kawasan dan cawangan mempergiatkan aktiviti dakwah bagi memantapkan lagi sokongan jemaah.

Perwakilan Johor, Zulkifli Ahmad mahu perwakilan muktamar bermuhasabah dan bukan untuk mengkritik seseorang.

"Negeri yang menang adalah ujian daripada Allah dan bukan kemenangan semata-mata, begitu juga dengan Johor telah menang 100 peratus iaitu meningkat dari satu Dun kepada dua sekarang.

"Oleh itu jangan tersasar daripada perjuangan dan pemuda sedia menurunkan mereka dengan menegur perlanggaran yang berlaku.

"Jangan lupa kepada rakyat dan amanah. Kemenangan adalah amanah dan bukan ghalimah, kemenangan di atas nama jemaaah dan bukan peribadi," katanya. - harakah
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat