Utama arrow Dewan Pemuda arrow Pemuda Melaka mahu ruang lebih luas bagi Kelab Penyokong PAS
Pemuda Melaka mahu ruang lebih luas bagi Kelab Penyokong PAS PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Muktamar PAS ke-54   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 14 Ogos  - Dewan Pemuda PAS Melaka mahukan ruang lebih luas diberikan kepada Kelab Penyokong PAS sama ada melalui pentas politik mahupun peluang dalam mana-mana kerajaan yang diterajui oleh PAS bagi memantapkan kerjasama di antara pelbagai kaum.

Menurut Pemangku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, penglibatan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS sewajarnya ditingkatkan menerusi pentas politik mahupun dalam mana-mana kerajaan yang diterajui PAS.

"Pemuda Melaka merasakan perlu ahli-ahli Kelab Penyokong PAS ini diberi ruang lebih luas sama ada melalui pentas politik mahupun tempat dalam kerajaan pimpinan PAS bagi membuktikan kerjasama yang lebih erat dan berterusan.

"Kami juga mengharapkan suatu bentuk atau manhaj yang sesuai dapat disediakan bagi memahamkan asas perjuangan PAS yang berasaskan Al-Quran dan hadith," kata Yuhaizad.

Beliau seterusnya meminta gerak-kerja penerangan Pemuda Pusat diperkasakan kerana mutakhir ini dilihat seolah kehebatan penerangan pemuda semakin lesu dan terlampau dibayangi oleh limpahan program penerangan pusat.

Malah katanya, ketika pelbagai isu nasional yang begitu hebat dan panas melanda negara kita mutakhir ini, Dewan Pemuda PAS Pusat seolah kehilangan Ketua Penerangan bagi mendepani pelbagai serangan dari pihak kerajaan BN.

"Kita harap kelesuan ini dapat diatasi segera selepas kita bermuhasabah dan jangan biarkan rakyat khusus ahli-ahli parti terkapai-kapai untuk memperolehi maklumat yang berkaitan parti dan juga isu semasa yang berkaitan dengan dasar," katanya.

Beliau juga meminta pemuda bersama-sama memantapkan kembali kefahaman dan gerak-kerja seterusnya mempertingkatkan lagi usaha bagi mengambil-alih teraju kepimpinan negara.-harakah
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat