Utama arrow Dewan Ulamak arrow Akhbar berbahasa Cina kecewa ucaptama tiada dalam tulisan rumi
Akhbar berbahasa Cina kecewa ucaptama tiada dalam tulisan rumi PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Tarmizi Mohd Jam   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 14 Ogos  - Rata-rata akhbar bebahasa Cina kecewa dengan Muktamar Ulama PAS Pusat hari ini, yang hanya menyediakan satu versi teks buku ucaptama Ketua Dewan Ulama yang bertemakan 'Ulama Tonggak Perjuangan'.

Wartawan-wartawan dari akhbar Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Kwong Wah, Guang Min Daily dan Oriental Daily gagal mengutip bahan berita dari ucapan yang disampaikan ditambah lagi tiada bahan rujukan dalam tulisan rumi.

Seorang wartawan Nanyang Siang Pau, Phuan Im Wah berkata, pihak urusetia patut menyediakan bahan dalam tulisan rumi sama ada berbahasa Malaysia atau Inggeris bagi memudahkan mereka faham tentang isu-isu yang dibangkitkan.

Jelas beliau lagi, pelbagai istilah Arab yang terdapat dalam ucaptama amat memerlukan pemahaman yang tepat dan ejaan yang betul.

Beliau berharap pada masa akan datang, PAS memikirkan mekanisme terbaik untuk menyampaikan bahan kepada akhbar-akhbar berbahasa Cina dalam tulisan atau bahasa yang mereka fahami.

Sebelum itu, dua wartawan akhbar berbahasa Cina dilarang masuk ke pusat media muktamar kerana gagal menunjukkan pas media kepada pasukan keselamatan yang bertugas.

Dari tinjauan Harakahdaily mendapati ramai wartawan yang bertugas terpaksa berdiri kerana kerusi tidak mencukupi. Kehadiran mereka pada kali ini cukup luar biasa dan tidak diduga sama sekali.-harakah
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat