Utama arrow Dewan Ulamak arrow Dewan Ulama diminta kembalikan keberkesanan tarbiyah
Dewan Ulama diminta kembalikan keberkesanan tarbiyah PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Anis Nazri   
Friday, 15 August 2008
IPOH, 14 Ogos  - Dewan Ulama PAS digesa agar mengembalikan secara lebih berkesan urusan pentarbiyahan dalam parti bagi melahirkan golongan yang jelas fikrahnya supaya sejajar dengan perjuangan parti.

Gesaan itu dilihat perlu dilakukan memandangkan berlakunya permasalahan dalam penyusunan tarbiyah dari segi sukatan dan kesan tarbiyah itu sendiri.

Ia dibangkitkan perwakilan Pahang, Ustaz Mokhtar Senik, ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Muhammad Daud Iraqi, di Dewan Perbandaran Ipoh, tengahari tadi.

"Tarbiyah ini berdekatan dengan pendidikan, yang tidak mungkin melahirkan fikrah ahli dengan sendirinya. Kita cadangkan Lajnah Tarbiyah negeri dikembalikan semula, khususnya pengurusan di negeri-negeri," tegas beliau.

Beliau turut menyentuh pandangan yang mengatakan bahawa tidak perlu pada pentarbiyahan, tetapi cukup dengan menumpukan kepada kemenangan semata-mata.

"Bagaimana Dewan Ulama boleh berperanan bagi melahirkan budaya seseorang yang jelas fikrahnya di dalam parti?" soal beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Mokhtar turut menggesa ulama agar menguasai isu yang berada di hadapan merka, bagi membolehkan mereka menyatakan komentar, pandangan dan nasihat bagi pihak parti.

Selain menguasai sebarang isu, katanya ulama juga perlu memahami isu tertentu supaya pandangan jemaah tidak tergelincir dari asas utama iaitu Islam.

Beliau turut menyentuh soal kesetiaan kepada jemaah, yang dilihat kebelakangan ini wujudnya jemaah dalam jemaah, mesyuarat selepas mesyuarat yang perlu diberi perhatian.

"Perkara ini tidak boleh dinafikan, ia berlangsung di beberapa negeri yang memerlukan keprihatinan segera. Bagaimana mahu membentuk fikrah ahli, yang tidak akan menggelincirkan perjuangan," tegas beliau lagi.
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat