Utama arrow Dewan Muslimat arrow Muktamar Muslimat julung kalinya di Perak
Muktamar Muslimat julung kalinya di Perak PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

 
IPOH, 14 Ogos - Penyelaras Muktamar Tahunan Dewan Muslimat ke 48, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan mengalu-alukan kehadiran VIP kehormat serta semua perwakilan dan pemerhati ke muktamar kali ini yang julung kalinya diadakan di Negeri Perak yang bermottokan 'mengisi kemenangan, melestarikan kebajikan'.


Muktamar ini turut dihadiri oleh Datin Seri Fatimah Taat, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang, ADUN Menglembu Puan Lim Pek Har dari DAP sertai wakil dari wanita JIM dan NGO yang lain.

Turut serta Tuan Ibrahim Tuan Man pemerhati dari PAS Pusat dan Tuan Haji Subky Latif kolumnis tetap akhbar Harakah.

Di akhir kata, penyelaras menyarankan agar ahli parti dapat menghadapi pelbagai ujian fitnah yang melanda parti sejak akhir-akhir ini dengan sabar serta tidak mengabaikan wala' kepada pimpinan.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat