Utama arrow Dewan Pemuda arrow Bimbang budaya tidak bahas buku laporan muktamar - Setiausaha
Bimbang budaya tidak bahas buku laporan muktamar - Setiausaha PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Lanjusoh   
Friday, 15 August 2008
IPOH, 14 Ogos  - Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof bimbang budaya perwakilan tidak menyentuh apa yang terkandung dalam buku laporan muktamar.

"Perwakilan tidak sentuh apa yang terkandung dalam buku laporan kegiatan lajnah dan jabatan.

"Sedangkan penyediaan buku itu begitu penting untuk dinilaikan kembali bagi memastikan ketelusannya.

"Saya bimbang ia akan menjadi satu budaya kepada perwakilan tidak menyentuh apa yang terkandung dalam buku laporan ketika berbahas," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda di sini, petang ini.

Beliau juga berkata, sebelum ini beliau sudah mendengar ada jawatankuasa lajnah dan jabatan bercakap tidak perlu menyediakan buku laporan kerana ia tidak disentuhkan perwakilan," katanya.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi berkata, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan siapa menjadi ketua kepada Pakatan tersebut setakat ini.

"Tidak pernah dibincangkan siapa yang menjadi ketua Pakatan Rakyat. Apabila ada mesyuarat di tempat PAS, pengerusinya Presiden PAS, manakala ketika diadakan di premis KeADILan pemimpin itu pula menjadi pengerusi," katanya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, hubungan kita dengan Pakatan Rakyat sudah menepati alami Islami.

Bagaimanapun katanya, perbezaan di antara perwakilan bukan perbalahan yang boleh mewujudkan kelompok dalam parti.

Dan ia cuma sekadar perbezaan dan berlainan pandangan. Namun katanya ia harus diingatkan perbezaan pendapat itu bukan mewujudkan kumpulan-kumpulan dalam PAS.

"Harus diingat apabila berlaku perbezaan pendapat kita kembali kepada keputusan dalam jemaah," katanya.

Namun kata beliau, apa yang disebut Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan sebelum ini cadangan hendak menarik PAS daripada Pakatan Rakyat tidak lebih sebagai ingatan.

"Ia tidak lebih sebagai taklik bagi menegaskan perjuangan sebenar Islam. Mesti mengiktiraf kepimpinan Islam, dan tidak memberi ketaatan kepada musuh," ujarnya. - harakah

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat