Utama arrow Dewan Muslimat arrow Usul Pertama DMPP - Kelab Penyokong PAS
Usul Pertama DMPP - Kelab Penyokong PAS PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 14 Ogos - Penubuhkan kelab penyokong PAS menjadi usul pertama yang di bahaskan di Muktamar Dewan Muslimat petang ini. Perwakilan Dewan Muslimat Selangor menggesa PAS Pusat membuka keahlian kepada non muslim dengan mengadakan keahlian bersekutu. Usul tersebut mengambil contoh kelab penyokong PAS yang subur di Parlimen Kota Raja.

Namun perwakilan Melaka Puan Hawa Yaakob pula membangkitkan permasalahan usul ini berkaitan dengan kekuatan tenaga selepas kemenangan dan kelab penyokong yang baru tumbuh. Usul tersebut perlu diberi masa sebelum diterima.

Perjalanan aktiviti kelab penyokong Pas perlu di perlihat dan kekhuatiran perwakilan terhadap penerimaan usul ini yang secara terburu-buru, akan menyebabkan tuntutan yang berlebihan dari mereka seperti hak untuk mengubah lagu, hak untuk bertanding dan hak untuk meminda perlembagaan. Saranan dari beliau agar kajian mendalam perlu dibuat sebelum keputusan diputuskan.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud yang juga merupakan AJK PAS Pusat turut bersetuju dengan pandangan perwakilan Melaka kerana parti perlu masa untuk meyakinkan penyokong non muslim agar mereka tahu akan perjuangan sebenar Pas. Beliau mengusulkan agar mengekalkan mereka di dalam kelab penyokong dengan memperkasakan mereka dengan struktur organisasi sendiri.

Manakala Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili PAS Pusat menyatakan ini adalah usul dasar. Majlis Syura yang akan memutuskan kerana syura sudahkan pun meluluskan keahlian bersekutu sejak lama. Kelulusan akan diserah ke PAS Pusat dan lajnah politik PAS.

Namun Kelab Penyokong PAS akan dimantapkan sehingga sampai ke tahap utk dibincangkan, dan Majlis Syura juga telah meminta bengkel bagi membincangkan secara khusus implikasi keahlian non muslim sebagai ahli penuh, bukan bersekutu.

Keputusan di akhir usul, perwakilan Selangor mengikut Syura.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat