Utama arrow Dewan Muslimat arrow Usul Kedua DMPP - Penubuhan Dewan Muslimat Muda
Usul Kedua DMPP - Penubuhan Dewan Muslimat Muda PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

 
IPOH, 14 Ogos - Boleh dikatakan Muktamar kali ini telah melihat banyak perubahan di dalam tenaga Muslimat terutama dalam mengutarakan pendirian mereka. Muslimat kali ini lebih berani dan bersedia dalam menyatakan pendapat dan berhujah mempertahankan usul masing-masing. Inilah suasana yang semakin nyata di dalam perbahasan usul-usul semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-48 ini.

Suasana pembentangan, sesi soal jawab dan perbahasan usul menjadi hangat sebaik sahaja Setiausaha DMPP selesai membentangkan minit mesyuarat Muktamar DMPP kali ke-47, begitu ramai perwakilan yang ingin ke depan menyuarakan teguran dan pandangan.

Perwakilan dari Melaka, Puan Sopiah Hj. Ahmad telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap pelbagai kesilapan di dalam tag nama beliau. Bermula dengan kesilapan nombor kad pengenalan, cetakan nombor keahlian DMPP juga salah, hinggalah satu kritikan pedas kerana tiadanya pencatat minit yang akhirnya terpaksa dilantik dari kalangan pemerhati.

Setelah cadangan Puan Noraini Hussin dari Selangor agar Muktamar melantik Saudari Normah Yushak sebagai pencatat diterima, laporan tahunan DMPP 2007/08 bagi Muktamar DMPP kali ke-47 telah diterima untuk disahkan.

Selain dari beberapa teguran terhadap pelbagai kesilapan di dalam ejaan, pengurusan muktamar dan sebagainya sesi pembentangan usul telah menjadi begitu hangat dengan perbahasan para perwakilan.

Dalam membincangkan usul yang kedua dari Melaka iaitu DMPP menubuhkan Dewan Muslimat Muda (DMM), pelbagai pihak telah menyuarakan sokongan dan bantahan masing-masing.

Walaupun masing-masing telah dihujahkan secara jelas oleh pengusul ciri-ciri dan kelebihan menubuhkan DMM namun setelah pengundian dilakukan, usul tersebut telah ditolak oleh majoriti perwakilan di atas beberapa sebab iaitu, sepatutnya DMPP perlu memantapkan Nisa' Malaysia terlebih dahulu.

Usul ini sebenarnya mendapat sokongan yang kuat dari YB Mumtaz yang mengutarakan 15 hujah kenapa DMM perlu ditubuhkan. Namun sidang Muktamar lebih mahukan pemerkasaan ke atas Nisa' Malaysia yang sememangnya mensasarkan golongan remaja dan belia.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat