Utama
Penekanan Hal Tarbiah - Muslimat Terengganu PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008
IPOH, 15 Ogos – Kehangatan ucapan dari DMP Kelantan semasa sesi ucapan penangguhan semalam disambung oleh wakil dari DMP Terengganu yang bersungguh-sungguh mengharapkan Muslimat meningkatkan prestasi dan kemahiran mereka dalam kerja-kerja politik di samping memberi penekanan kepada usaha-usaha tarbiah.


Muslimat Terengganu agak terkilan kerana tiada perwakilan yang bersungguh-sungguh membincangkan hal-hal tarbiah, sedangkan ia adalah aktiviti yang amat penting di dalam sesebuah organisasi Islam.

”Harapan beliau agar tarbiah diteruskan dan dipergiatkan bagi mendidik ahli mematuhi Islam, bukan mematuhi pimpinan kerana pemimpin akan berubah sedangkan kerja-kerja Islam perlu diteruskan,” tegas beliau di awal pergulungan mewakili Muslimat Terengganu.
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat