Utama arrow Dewan Muslimat arrow Perbahasan muslimat amat baik
Perbahasan muslimat amat baik PDF Print E-mail
Ditulis Oleh Roy Rasul   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos -
Pemerhati daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik bagi menyaksi persidangan Dewan Muslimat PAS Pusat ke-48, berkata, pembentangan dan perbahasan berjalan dengan sangat baik.

Menurut Tuan Ibrahim yang mewakili barisan pemerhati itu, para perwakilan yang mengambil bahagian di Muktamar ang berlansung di Hotel Hillcity, dekat sini, mengungkapkan pandangan dengan positif.

Katanya, semua pandangan yang dilontarkan itu akan dirumuskan sebagai pelan bertindak selepas ini.

"Bagi pihak jawatankuasa PAS Pusat sangat puas hati dengan perkembangan perbahasan semua walaupun kita ada sedikit kekangan masa sedikit.

"Mungkin banyak perwakilan yang tidak berjaya meluahkan pandangan mereka sepenuhnya oleh tekanan masa itu," katanya.

Sehubungan itu beliau mengucap tahniah di atas kejayaan Dewan Muslimat sehingga berjaya mencipta kemenangan demi kemenangan.-harakah
 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat