Utama
Usaha Melahirkan Tokoh Korporat Muslimat - Muslimat Wilayah PDF Print E-mail
Ditulis Oleh JITM   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos – Ucapan penangguhan dari wakil Muslimat Wilayah Persekutuan (WP) menyuarakan rasa terkilan mereka kerana ketiadaan DUN di WP dan hanya Kerajaan Pusat yang berfungsi menentukan corak dan bentuk pemerintahan di sana.

Ini terbukti dengan pelantikan Menteri Wilayah dari calon BN," tegas beliau.

”Kemenangan dari wakil tunggal Muslimat PAS di Parlimen WP, Dr. Lo’ Lo’ Datuk Haji Ghazali telah memberi kemenangan moral kepada Muslimat,” sentuh beliau mewakili Muslimat WP.

”Namun, dalam pada itu beliau menyuarakan kekesalan  di atas kegagalan PAS WP untuk bertanding lebih dari satu kerusi di WP. Kegagalan tersebut menyebabkan ahli terkeliru dan hilang semangat dalam pemilihan bakal pimpinan mereka”.

“Menurut beliau Muslimat WP akan berusaha untuk mendekati warga kota dengan strategi yang lebih mantap serta akan menangani isu-isu sosial bersandarkan Islam dan ilmu sosial”.

“Penglibatan Muslimat dalam bidang ekonomi perlu di pergiatkan dengan usaha melahirkan tokoh-tokoh korporat Muslimat yang sudah tentu dapat membantu menjana kewangan parti perlu dipandang berat oleh semua perwakilan Negeri,”  tegas beliau lagi.

“Beliau kemudiannya mengucapkan tahniah di atas kejayaan Nisa’ Malaysia yang sangat kreatif beraktiviti dan berjaya menarik ramai ahli”.

“Walaupun begitu sedikit rasa terkilan di atas penekanan yang kurang terhadap aktiviti Banat sedangkan pendidikan sebaik-baiknya dimulakan di peringkat kanak-kanak lagi,” ujarnya lagi sebelum menutup penggulungannya.

 
< Prev   Next >
© 2018 Muktamar PAS ke-54
Jabatan IT PAS Pusat